1. TIDUR TIDAK TENTU MASA
Paling penting kita harus memastikan masa tidur kita teratur kerana tidur yang tidak cukup & tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata.Secara tidak langsung membuatkan kulit kita tidak bermaya......Yesss...sgt setuju dengan yang ini.Kalau tidak cukup tidur jer mula lah "panda eye" menyerang.owchhhh...sungguh I hate Panda Eye.
2. KOTORAN PADA TELEFON BIMBIT
Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletak di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut.Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya....Ada kebenaran juga disini..so rajin2 lah bersihkan telefon anda yer..bukan macam na kena basuh pakaian.Lap jer pakai wet tissue @ titiskan hand sanitizer kat tisu sikit then lap lah handphone anda..:)
3. PENGAMBILAN MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan, Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak & kolesterol tinggi adalah tidak baik.Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat & timbul masalah lain.Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah akan kekal sihat dan cergas.
4.KERAP MENGERUTKAN MATA
Ada di antara kita yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingarkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kita cepat berkerut & kelihatan tua.
5. MALAS MENGGANTIKAN SARUNG BANTAL
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama kelamaan ia akan menebal & menimbulkan bakteria. Sekiranya malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria..Sekurang2 nya kita perlu memcuci sarung bantal, selimut & cadar seminggu sekali..Ini semua penting juga untuk kesihatan kita supaya bebas dari bakteria yang merbahaya untuk kesihatan kita.
6. MENJADIKAN DIRI SEBAGAI BAHAN EKSPERIMEN
Dari satu produk ke satu produk telah digunakan.Malah kita menjadikan diri sendiri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit, Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan teman2 ataupun iklan2. Lain orang lain kesan penggunaannya.
Sekian saja info yang saya dapat dari Majalah Remaja.......:)
No comments:
Post a Comment